Saturday 23 September 2017

Pengenalan PBKPBM

Penguasaan kemahiran dengar  tutur, membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu. Keupayaan murid menguasai kemahiran ini membolehkan mereka profisien dalam Bahasa Melayu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Dalam Gelombang 2 (2016-2020), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan tumpuan kepada memacu peningkatan dan penambahbaikan sistem sedia ada, iaitu melaksanakan Program Bijak Kelas Pemulihan Bahasa Melayu (PBKPBM) untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah. Pelaksanaan PBKPBM juga bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

PBKPBM merupakan satu inisiatif  KPM  bagi memastikan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu  dengan baik. Bimbingan berfokus secara pemeringkatan dan aktiviti pembelajaran  yang terancang merupakan intervensi kepada murid yang dikenal pasti tidak menguasai kemahiran tersebut. Inisiatif  pelaksanaan PBKPBM mendukung  Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). 

No comments:

Post a Comment